BKM Fasa 4: Kemaskini Maklumat Asas Sehingga 30 Oktober 2022

By iBantu

Pada setiap selesainya pengeluaran Bantuan Keluarga Malayasia (BKM) , LHDN akan membuka waktu pengemaskinian maklumat bagi pemohon-pemohon yang lulus.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan notis terbaru berkenaan pengemaskinian maklumat asas permohonan BKM 2022.

Tempoh kemaskini adalah bermula 10 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022.

Kemaskini ini adalah terhadi bagi kemaskini maklumat -maklumat seperti berikut:

  • Nombor Telefon Rumah.
  • Nombor Telefon Bimbit.
  • Alamat e-Mel.
  • Nama dan Nombor Akaun bank pemohon.
  • Maklumat Wakil.

Tujuan pembukaan semula kemaskini ini adalah bagi pemohon yang berstatus lulus untuk membuat sebarang pindaan maklumat.

Cara Kemaskini Maklumat BKM

Kemaskini boleh dibuat dengan melayari laman web bkm.hasil.gov.my ataupun ianya boleh dilakukan secara manual dengan hadir ke kaunter BKM yang terletak di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dilihat pada notis rasmi ini.

Apakah tujuan kemaskini ini?

Membenarkan pemohon BKM 2022 yang lulus untuk membuat kemaskini maklumat.

Bilakah tempoh kemaskini ini berlangsung?

Bermula 10 Oktober hingga 30 Oktober 2022

Apakah maklumat yang boleh dikemaskini dalam tempoh ini?

1. Nombor Telefon Rumah.
2 .Nombor Telefon Bimbit.
3. Alamat e-Mel.
4 .Nama dan Nombor Akaun bank pemohon.
5. Maklumat Wakil.