Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Kerluarga Malaysia (BKM) khusus untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.
Permohonan dan kemaskini juga telah boleh mula dilakukan bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
3 golongan yang layak memohon BKM ini. Iaitu golongan isi rumah, warga emas bujang dan juga golongan bujang.
Golongan ini layak menerima sekiranya memenuhi kelayakan seperti berikut:

Permohonan BKM perlu dibuat sekiranya maklumat anda tidak terdapat di dalam sistem LHDNM.
Bagi mereka yang tidak layak menerima bantuan sebelum ini atas alasan sebagai penerima GKP, maklumat akan secara automatik masuk dalam sistem BKM untuk tujuan verifikasi kelayakan.
Jumlah Bayaran BKM
Jumlah pembayaran BKM 2022 adalah seperti jadual di bawah:

Semakan dan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia – BKM
Semakan dan kemaskini maklumat BKM boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi BKM di : https://bkm.hasil.gov.my
Atau boleh terus login ke dalam sitem myBKM di https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan nombor mykad dan klik semak.Kemudian masukkan kata laluan anda.
Pada sistem myBKM, akan terpapar seperti di bawah ini:

Anda boleh membuat semakan status, kemaskini permohonan dan cetak permohonan anda. Selain itu anda boleh menghantat maklum balas kepada pihak BKM.
Jom sama-sama ikuti kami di telegram t.me/portalsemakandotcom untuk mendapatkan info bantuan terkini di Malaysia.



