mySalam merupakan satu inisiatif daripada kerajaan untuk memberikan skim takaful percuma untuk individu yang kurang berkemampuan.Mereka yang menepati syarat kelayakan mySalam layak untuk menerima bantuan ini.
Syarat Kelayakan
Seseorang itu layak untuk menerima manfaat daripada mySalam jika mereka adalah;

Anda akan dimaklumkan melalui SMS jika layak untuk mendapat skim ini. Jika tiada SMS diterima, anda boleh emel ke info@mysalam.com.my ataupun hubungi talian mySalam di 1300 888 938.
Cara Semakan
Semakan kelayakan boleh dibuat dengan:
- layari laman web https://www.mysalam.com.my
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
- Klik butang semak.

Senarai Penyakit yang Dilindungi mySalam
Ini adalah 45 senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim mySalam : Senarai 45 Penyakit Kritikal.
Permohonan mySalam 2023
Perlu diingat bahawa tiada permohonan perlu dibuat untuk mySalam 2023. Untuk senarai penerima terkini, ianya adalah berdasarkan penerima dan pasangan yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 dan juga bantuan tunai rakyat 2023.
Adakah Penyakit Covid-19 Boleh membuat tuntutan?
Tuntutan boleh dibuat sebanyak RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari bagi mereka yang dimasukkan ke dalam wad .
Ini bermakna tuntutan maksimum 50×14 =RM700.
Jika disebabkan Covid-19, anda mendapat 45 penyakit kritikal, anda juga boleh membuat tuntan RM8,000 sekali seumur hidup.
Inginkan info bantuan seperti ini? Join kami di telegram t.me/portalsemakandotcom




